Ahad, 18 November 2012

Darab (RPH)


                              MATEMATIK TAHUN 2
Kelas: 2C
Bilangan murid:  Perdana  - 16 orang
                          Freshie Perdana – 17 orang
                          Linus – 1 orang
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Darab
Masa : 2 waktu (60 minit)
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :-
4.1     Menulis ayat matematik bagi operasi darab.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :-
(iv)  Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua-dua dan lima berpandukan
a)                                             objek
b)                                            Gambar,
yang sama banyak.

FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI

PERSEDIAAN

Menyediakan situasi/ konteks pembelajaran yang bermakna

1)     Murid dikehendaki untuk meneka benda di dalam kotak yang dibawa oleh guru.

2)     Murid memerhatikan benda sebenar yang terdapat di dalam kotak.



3)     Empat orang murid dipilih dan dikehendaki untuk mengambil dua biji lolipop setiap seorang.

4)     Guru menerangkan gambarajah pada kertas mah-jong.












v  Apakah benda yang kamu nampak sekarang?
v  Berapakah bilangan lollipop yang ada sekarang?


v  Ada berapa orang murid?
v  Ada berapa bilangan lolipop bagi setiap orang.
v  Tuliskan ayat matematik tambah berulang.
2 + 2 + 2 + 2 = 8
v  Tuliskan ayat matematik darab
4 x 2 = 8



IMAGINASI

Penjanaan Idea
Sintesis Idea






Guru menunjukkan gambar dan bercerita tentang situasi :

“Ada lima ekor anak itik. Seekor ada dua kaki.’






Seorang murid dipilih kehadapan.







Bimbing murid mereka situasi lain yang bersesuaian melibatkan operasi darab.

Ulang untuk contoh situasi dalam kumpulan lima-lima.

“Ada tiga buah pinggan. Setiap pinggan mempunyai 5 biji kuih.”




v  Ada berapa ekor anak itik?
v  Setiap seekor ada berapa kaki?
v  Tuliskan ayat matematik tambah berulang.
v  Ada berapa kali nombor dua yang kamu dapati?
v  Bina ayat matematik bagi operasi darab berdasarkan ayat tambah berulang yang kamu bina tadi.

Minta murid mewakilkan itik dengan objek lain yang bersesuaian.
 Contoh : basikal, anggota badan



  • ulang soalan yang sama seperti di atas.

PERKEMBANGAN

Mewujudkan situasi / konteks baru untuk menguji kefahaman.


Aktiviti kumpulan :
Guru mengedarkan bahan.

a)    Gunakan bahan bagi menimbulkan situasi dan membentuk ayat matematik darab.

Contoh :
      4 x 2 = 8
      6 x 2 = 12
      3 x 5 = 15
      6 x 5 = 30


b)   Murid membentuk kumpulan objek yang telah diedarkan bagi membentuk ayat matematik darab yang lain.
c)    Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.
d)   Seorang wakil kumpulan akan  menunjukkan cara membina rajah berdasarkan hasil perbincangan.

Guru perlu membimbing murid membetulkan kesilapan yang dilakukan.
Kesilapan murid adalah pada tanggapan konsep.

Guru membimbing murid untuk membina rajah yang betul berdasarkan ayat matematik tadi.

Guru membuat kesimpulan selepas murid memberi pendapat.








v  Cuba susun objek berdasarkan ayat matematik ini.
v  Berapa kumpulankah yang mesti kita bentuk?
v  Dalam satu kumpulan ada berapa objek?


Kemungkinan ada murid akan membina lima kumpulan empat-empat.
Terangkan kenapa kamu susun begitu.

TINDAKAN

Menggunakan pelbagai bentuk pentaksiran terhadap perubahan kefahaman, kemahiran, dan sikap.



Murid diberi lembaran kerja.

Perbincangan dijalankan mengikut lembaran yang diberikan.

Murid LINUS:
1) Guru menunjukkan gambar.
2) Murid menyatakan nombor yang mewakili kumpulan dan  bilangan.
3) Guru menunjukkan ayat matematik. ( 3 x 2 = 6 )
4) Murid membentuk kumpulan dari ayat matematik yang dinyatakan. 




PENUTUP

Beberapa keping kad kumpulan dua-dua dilekatkan di papan tulis.
Murid menyatakan ayat matematik darab yang betul.
Bilangan kad kumpulan diubah (ditambah dan dikurang).
Ulang dengan kumpulan lima-lima.
Ganjaran bagi yang menjawab dengan betul.
Apa yang telah kita pelajari hari ini?

PENTAKSIRAN

Rujukan lembaran kerja.



NILAI DAN SIKAP

Bekerjasama ketika melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Menghargai rakan-rakan

Menjaga kesihatan



REFLEKSI : 

LEMBARAN KERJA (DARAB)

LEMBARAN KERJA